Saturday, March 5, 2011

Kehidupan ini..


Tahun 2001
Ibu, Ibu.!! Papa pergi mana, Bu?
Adik terus menerus bertanya.. Dari hari pertama Papa pergi, hinggalah kini umurnya mencecah 15 tahun, dia tidak pernah putus-putus bertanyakan tentang Papa. Hari ini, genap 10 tahun selepas pemergiannya. Sama seperti hari itu, air mata Ibu bergenangan ke pipi. Walau Ibu lap air mata yang berlinangan, pipi Ibu tetap basah jua.  Aku yang hanya setahun lebih tua dari Adik, hanya mampu membisu sepanjang hari. Tiada apa lagi yang mampu aku lakukan, melainkan berharap Ibu berhenti menangis.. Begitulah aku sepanjang hari setiap 12 Mei..



Tahun 2011..
Sudah Setahun Ibu pergi. Tinggalkan aku dan adik yg masih mentah dengan dunia ini yang penuh pancaroba. Hari yang berlalu aku tempuhi jua.. Sekolah sudah lama aku tinggalkan. Kini aku bekerja di sebuah syarikat swasta. Ternyata perit jerih Ibu mengeluarkan wang belanja buat kami ke sekolah berbalas kini.. dengan berbekalkan sijl ijazah dalam Pengurusan Hotel. Aku selongkari tiap ruang pekerjaan.. Tapi ternyata mencari peluang pekerjaan dalam dunia yang serba pesat membangun kini bukanlah tugas yang mudah. Aku terpaksa bekerja di Kedai makan dua tahun pertama selepas mendapat ijazah.